TEKNOLOGI & PEMASANGAN

intelACe menyediakan kawalan pintar yang merupakan penambahbaikan kepada pendingin hawa sedia ada yang dikawal oleh thermostat. Pengoptimuman operasi pemampat di bawah apa jua keadaan sekitar dapat dicapai.

  • Kawalan pemampat secara aktif dan pintar.
  • Pencegahan ketepuan thermodinamik.
  • Penggunaan menyeluruh kapasiti penyejukan di dalam gegelung penyejuk (penukar haba).

intelACe mengukur suhu bilik dan mengesan kitaran tugasan pemampat dengan tepat. Maklumat ini diproses oleh intelACe yang seterusnya mengaktifkan kawalan pintar terhadap pemampat.

Pendekatan ini akan memastikan suhu bilik yang diperlukan dapat dicapai, operasi pemampat dapat dioptimumkan dan ketepuan thermodinamik penyejuk (pembaziran tenaga) dapat dielakkan.

Kawalan pintar intelACe juga memastikan suhu bilik dikekalkan dalam lingkungan 0.5°C dari titik tetapan dan dipaparkan. Suhu maksimum dan minimum boleh direkodkan dan dipaparkan dengan menekan hanya satu butang.

intelACe boleh dipasang pada semua jenis pendingin hawa sedia ada tanpa mengambil kira saiz dan unit pendingin hawa komersil:

  • Penyongsang (inverter) & bukan penyongsang (non-inverter)
  • Dipasang di dinding (wall mount) & siling (cassette)
  • Fasa tunggal (single phase) & tiga fasa (3-phase)
Installation Steps

Buka penutup atas intelACe; masukkan pemutar skru di dalam takuk dan putar arah jam. Penutup atas mudah dibuka dan akan mendedahkan bahagian bawah pemasangan intelACe. Sila berhati-hati supaya menyentuh Papan Kawalan Utama PCBA yang akan dipasang pada bahagian penutup bawah

Tanda lokasi lubang gerudi; letakkan bahagian bawah pemasangan intelACe berdekatan dengan pendingin hawa (lokasi sesuai dalam lingkungan 300mm) dan tanda lokasi lubang pemasangan.

Gerudi lubang pemasangan; gerudi 2 lubang berkedalaman 25mm (1”) di lokasi yang telah di tanda dengan menggunakan mata gerudi batu bersaiz 4mm.

Pasang palam dinding; masukkan palam dinding (x2) yang dibekalkan ke dalam lubang yang telah digerudi.

Pasang intelACe di dinding; letakkan bahagian bawah pemasangan intelACe di dinding, selarikan lubang pemasangan dengan palam dinding. Setelah selari, masukkan skru pemasangan ke dalam palam dinding dan putar menggunkan pemutar skru Phillips.

Pasang penutup atas intelACe; pasang penutup atas intelACe dengan berhati-hati kepada bahagian bawah pemasangan intelACe yang telah dipasang di dinding dan tolak sehingga semuanya berada dalam kedudukan yang betul. Periksa pemasangan bagi memastikan penutup atas intelACe dipasang ketat dan berpengunci.

Buka penutup unit dalaman pendingin hawa.

Sambungkan kabel punca kuasa arus bolak balik, perang(hidup) & biru(neutral).

Tutup penutup unit dalaman pendingin hawa.

Bagaimana untuk memasang intelACe?

intelACe boleh dipasang dengan mudah dan selamat dalam tempoh kurang daripada 10 minit, tanpa sebarang pengubahsuaian.

Mana-mana juruelektrik atau juruteknik pendingin hawa boleh memasang intelACe dengan mengikuti panduan pemasangan yang ringkas.

Biasanya, terdapat 4 kabel yang berasal dari unit utama intelACe.

  • Kabel bekalan kuasa (L) – Warna coklat
  • Kabel bekalan kuasa (N) – Warna biru
  • Kabel Kawalan Pemampat 1 – Warna Hitam
  • Kabel Kawalan Pemampat 2 – Warna Hitam

AMARAN! PEMASANGAN HENDAKLAH DILAKUKAN OLEH JURUELEKTRIK ATAU JURUTEKNIK YANG BERPENGALAMAN DAN BERKELAYAKAN.PASTIKAN PUNCA KUASA PENDINGIN HAWA TELAH DIMATIKAN SEPENUHNYA SEBELUM PEMASANGAN DIMULAKAN. GUNAKAN PENGESAN VOLTAN UNTUK MEMASTIKAN KETIADAAN VOLTAN DAN PASANG KUNCI KESELAMATAN BAGI MENGELAKKAN PENGHIDUPAN KUASA SECARA TIDAK SENGAJA.