Di mana intelACe boleh digunakan?

intelACe boleh dipasang pada semua jenis pendingin hawa sedia ada tanpa mengambil kira saiz dan unit pendingin hawa komersil:

  • Penyongsang (inverter) & bukan penyongsang (non-inverter)
  • Dipasang di dinding (wall mount) & siling (cassette)
  • Fasa tunggal (single phase) & tiga fasa (3-phase)

intelACe menyediakan kawalan pintar yang merupakan penambahbaikan kepada pendingin hawa sedia ada yang dikawal oleh thermostat. Pengoptimuman operasi pemampat di bawah apa jua keadaan sekitar dapat dicapai.

  • Kawalan pemampat secara aktif dan pintar.
  • Pencegahan ketepuan thermodinamik.
  • Penggunaan menyeluruh kapasiti penyejukan di dalam gegelung penyejuk (penukar haba).

intelACe mengukur suhu bilik dan mengesan kitaran tugasan pemampat dengan tepat. Maklumat ini diproses oleh intelACe yang seterusnya mengaktifkan kawalan pintar terhadap pemampat.

Pendekatan ini akan memastikan suhu bilik yang diperlukan dapat dicapai, operasi pemampat dapat dioptimumkan dan ketepuan thermodinamik penyejuk (pembaziran tenaga) dapat dielakkan.

Kawalan pintar intelACe juga memastikan suhu bilik dikekalkan dalam lingkungan 0.5°C dari titik tetapan dan dipaparkan. Suhu maksimum dan minimum boleh direkodkan dan dipaparkan dengan menekan hanya satu butang.